Air Untuk Manusia , Air Oleh Manusia

Ahad, 29 Mei 2016

air untuk manusia, air oleh manusia

1 ulasan

          Air dapat diibaratkan sebagai nadi untuk manusia meneruskan kehidupan. Tanpa air, mustahil bagi seseorang individu tersebut menjalani kehidupannya dengan sempurna. Sebagai analoginya, tidak sempurnalah sebentuk cincin itu jika tanpa permatanya. Begitu jugalah pentingnya air kepada manusia.jadi, manusialah yang bertanggungjawab bagi memelihara sumber air tersebut.


          Kepentingan air bagi manusia adalah untuk digunakan sebagai sumber minuman. Kita sedia maklum bahawa setiap manusia perlu mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi bagi mengelakkan berlakunya penghidratan dalam badan yang mampu menjejaskan kesihatan seseorang. Masyarakat perlu menjaga kebersihan sumber air bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar. Contohnya, kebersihan dan keindahan sungai mahupun air terjun yang merupakan kawasan tadahan air hujan bagi memperoleh sumber air yang bersih perlulah dijaga dengan sebaiknya.oleh itu, air sangat penting untuk keperluan sumber minuman dan manusia perlu bijak bagi menjaga persekitaran alam sekitar.
  


          Cetusan idea seterusnya, air merupakan sumber utama bagi kegunaan domestik. Bukti yang boleh dipaparkan ialah air berfungsi untuk kegunaan domestik sama ada untuk membasuh atau memasak. Manusia tidak dapat menolak fakta bahawa air merupakan salah satu sumber yang sangat signifikan kepada setiapa orang. Golongan masyarakat kini perlu bijak dalam menguruskan sumber air bagi mengelakkan berlakunya serbarang pembaziaran. Sememangnya, pembaziran merupakan faktor penurunan kadar air bersih yang memberi impak kepada genersi akan datang.



          Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan  air digunakan oleh manusia untuk manjalankan kegiatan pertanian. Terdapat sebilangan masyarakat dalam komuniti kita yang menjalankan kegiatan pertanian. Secara lazimnya, para petani memerlukan sumber air yang banyak menampung kegiatan ekonomi mereka. Sebagai contoh, kesuburan tanaman padi dapat ditingkatkan dengan menggunakan air yang mencukupi bagi mengairi tanaman tersebut. Hal ini kerana, jika kuantiti air tidak dapat mengairi tanaman tersebut dengan sempurna, maka hal tersebut mampu memberikan impak yang besar terhadap sumber tanaman tersebut. Oleh itu, manusia bertangguangjawab untuk melaksanakan konsep yang betul dalam pengurusan sumber air bagi mengelakkan berlakunya masalah kekurangan air.


          Di samping itu, air penting bagi manusia kerana air merupakan sumber penjanaan kuasa elektrik. Hal ini dapat diterangkan apabila tenaga elektrik juga merupakan sumber major bagi setiap manusia untuk menjalani kehidupan seharian. Tanpa sumber elektrik, maka berlaku kepincangan yang mampu menjejaskan kehidupan manusia. Tenaga elektrik boleh diperoleh daripada janaan empangan hidrolektik yang mampu disalurkan kepada masyrakat. Contoh yang boleh di ketengahkan ialah tenaga elektrik digunakan untuk menjalankan kegiatan ekonomi sama ada bagi aktiviti perkilangan mahupun perindustrian dalam skala yang kecil-kecilan dan besar-besaran. Manusia wajar berfikiran kritis bagi memanfaatkan tenaga elektrik daripada janaan air tanpa melakukan sebarang pembziran tehadap penggunaan tenaga kerana perkara ini dapat memberikan kesan yang major kepda pembangunan negara.


          Akhirulkalam, air penting bagi kegunaan manusia sejagat dalam kehidupan seharian. Malah, setiap anggot masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari alternatif yang efektif bagi memproleh sumber air bagi kegunaan setiap masyrakat. Tanggungjawab ini dapat mempengaruhi pertumbuhan kemajuan negara untuk masa akan datang. Hal ini persis kata cendikiawan, Abraham Lincoln bahawa jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara.